Donate (RM)
Kongsi
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp

Hilang.. Hanya Untuk Seketika.

Ditulis oleh Sahrul Ridzwan (SRT). (Tulisan asal diterbitkan pada Isnin, 4 April 2016 sebahagian dari #BacaJap)

Semalam tepat jam 1,30 minit pagi, buku “Untuk Seketika Ku Hilang” (yang sampai ke tangan beberapa hari sebelum) selamat di habiskan dengan perasaan bercampur baur. Ironi nya membaca buku “Untuk Seketika Ku Hilang” ini perasaannya sama seperti menonton sebuah dokumentari epik cuma nya lebih berbentuk lisan. Aku admit dan tabek hormat pada si penulis, Izuan Shah (atau mungkin juga Loque) atas usaha nya menzahir dan men-dokumentasi-kan sebuah karya agong dari sebuah band yang disayangi, dipujai, atau mungkin mempengaruhi sisi lain hidup nya sebagai seorang pemuzik yang juga seorang penulis. Cuma nya pada pendapat aku, jika “Untuk Seketika Ku Hilang” ini di zahirkan dalam bentuk dokumentari filem, mungkin lagi menarik! just my two-cents.

 

“Untuk Seketika Ku Hilang” merupakan sebuah buku atau dokumentasi lisan & bergambar era pembikinan album studio ke-lima Butterfingers iaitu ‘Selamat Tinggal Dunia’ (STD), dari tahun 2002-2005 nukilan Izuan Shah. Buku dwi-bahasa berhalaman 96 muka surat ini me-rekod-kan pahit-getir pasang suram perjalanan Butterfingers dalam menyiapkan album STD yang digambarkan album yang agak kontroversial juga pada waktu waktu nya. Tajuk pada buku ini di ambil dari bait lirik lagu ‘Cuai’ (“Untuk seketika, ku hilang kawalan diri..”) iaitu track ke-3 di dalam album ini, seperti satu catchphrase untuk menjawab kepada persoalan persoalaan terhadap keberadaan band ini. Sengaja atau tidak, ia terletak pada si penulis atau Butterfingers sendiri.

 

Jujur dan diakui ‘Selamat Tinggal Dunia’ sememangnya album terbaik dan dark dari Butterfingers. Jika hendak membandingkan album ini dengan album-album mereka yang lain adalah tidak adil kerana STD wujud pada dunianya tersendiri. Sebuah album yang agak relevan pada waktu-waktu senja band ini (lihat saja mood warna pada kulit album nya). Ia menjadi medium suara kepada penghidupan di zaman itu. Dalam buku ini, Loque ada menyatakan bahawa Malayneum dianggap album paling ‘gelap’ Butterfingers, rupa-rupanya STD jauh lebih gelap isinya. Sememangnya ia cukup gelap kerana beberapa faktor. Di dalam buku “Untuk Seketika Ku Hilang” ada diceritakan (lebih lanjut) kenapa ianya ditakdirkan sebegitu.

“Bagi Loque-secara kiasan- jika Malayneum dilihat sebagai protagonis, maka Selamat Tinggal Dunia adalah umpama antagonisnya.” – mukasurat 21

   

Album album terawal yang dah berusia..1.2 milligrams tu 1997 punya press..mana STD?? hmmm

 

Pertama kali terdengar Butterfingers album (kaset kakak) Pertama kali terdengar Butterfingers album (kaset kakak) 1.2 Milligrams pada tahun 1997 dan aku tak minat. Malaysia masa ni tengah gila ‘grunge’ dan untuk budak berumur 9 tahun masa tu, lagu sebegini mungkin agak terlalu advance. Pada tahun 2001, selepas je dengar . Pada tahun 2001, selepas je dengar Butter Worth Pushful album ke-2 Butterfingers, aku terus jatuh cinta. Itu pun 4-5 tahun lewat sebab kaset original agak mahal waktu itu dan agak susah untuk mendapat rilisan rilisan band underground tempatan lagi lagi di pekan sekecil Beruas. Pengaruhnya abang dan kakak juga lah antara entiti entiti awal yang bertanggung jawab menjadi ‘sekolah-musik’ aku selain pengaruh pengaruh dari rakan sebaya (terima kaseh!). Album-album awal Butterfingers masih disimpan baik sampai ke harini, bukan hanya sekadar minat, tapi kerana ada sentimental value nya. Tapi entah kenapa, album STD seperti terlepas pandang pula.

 

Album STD keluar penghujung tahun 2004, waktu itu seingat aku band band ber’atitude’kan mods separa masak seperti The Times, Gerhana Ska Cinta, OAG dll sedang naik bak cendawan. Itu dari sudut independent-nya, di sebelah arus perdana pula, hebat dengan lambakan band band dari negara seberang dan demam pop buatan dari realiti TV. Untuk di tahap selamat, kau pilih sahaja untuk layan band band mods ini. Bagi yang sedikit advance mungkin dengar Seven Collar T-Shirt, Love Me Butch dan angkatan angkatan ‘berat’ yang lain ataupun mungkin ACAB, yang cuba juga mahu ke mainstream ketika itu. Jadi di awal era ‘peralihan’ ini, STD datang sebagai sebuah album melayu pertama dari Butterfingers yang cuba menjengah arus perdana yang belum bersedia.(seperti sebuah pengenalan untuk bunyi bunyian baru Butter) “Dulu nyanyi english diorang tak paham, sekarang kita buat lagu melayu pulak..kan” Loque, 2005. (sebenarnya OAG sudah pun memulakannya pada tahun 2002).

 

Aku sendiri mengambil masa yang agak lama untuk mengamati album STD. Album ni keluar masa aku umur 17 dan jujurnya aku tak berapa layan masa tu (selain Kabus Ribut, lagu yang agak dominan dari album itu). Lyrically, mungkin belum matang untuk hadam lagu-lagu di dalam STD. Untuk memahami isi intipati album STD tidak susah, di dalam tulisan Izuan Shah, gaya muzik STD dikatakan ringan, mudah untuk dinyanyikan dan folk pada penjenamaannya. Ianya berjiwa ‘rakyat’ tetapi lebih mencabar dan rumit secara teknikalnya. Entah mengapa lewat dua tahun sebelum ini, album STD seolah-olah menjadi anthem harian, semacam voodoo pula. Mungkin disebabkan faktor kematangan umur yang sedang hanyut dalam arus permodenan. Seperti apa yang digambarkan di dalam lagu Hanyut. Ironinya apabila meniti umur lewat 20an, kau mula menyoal erti kehidupan, kata mat salleh quarter-life crisis, dan saat itu kau mula mencari medium untuk menyuarakan suara-suara kecil jiwa muda yang sedang rebel, relevannya ‘Selamat Tinggal Dunia’ lah wakil kepada jiwa-jiwa tersebut.

…gaya muzik STD dikatakan ringan, mudah untuk dinyanyikan dan folk pada penjenamaannya. Ianya berjiwa ‘rakyat’ tetapi lebih mencabar dan rumit secara teknikalnya. – I.Shah

 

Aku selalu terfikir jika ditanya yang mana satu album terbaik Butter?, sudah semestinya ‘Selamat Tinggal Dunia’ Muktamad! Sejujurnya ini adalah satu-satu nya album band tempatan yang aku rasa genius. Genius kerana nilai seni dan falsafah dalam album ni cukup tinggi. Album ini boleh di ibaratkan sebagai “Air yang tenang, jangan di sangka tiada buaya”. Sebuah album ideologi, penuh emosi, dan rebel. Penulisan lirik nya sarat dengan metafor metafor modern, unsur sinikal yang agak pedas dan adakalanya literal juga pada sesetengah lagu. Sebuah album jahat, kotor yang beradab.

Kulit hadapan album Selamat Tinggal Dunia; tampak ‘tenang’, tapi hakikatnya sungguh ‘jahat’ dan penuh emosi.

 

‘Selamat Tinggal Dunia’ pada hari ini sudah sedekad usianya. Agak nya memang menjadi satu budaya atau tempoh 10 tahun itu sememangnya menjadi pengukur atau penanda kepada sesebuah karya untuk layak diangkat sebagai “Masterpiece”. Namun, selepas menyusuri susur jalur album ini hasil nukilan Izuan Shah, STD memang selayaknya di beri penghargaan sebagai sebuah album yang genius dan sememangnya harus di dokumentasikan untuk tatapan generasi akan datang atau sezaman dengan nya. Sebuah koleksi biographical rock and roll yang harus dimiliki oleh ‘rock and roll yang harus dimiliki oleh ‘Royal Butter’ semestinya! Jujurnya inisiatif untuk mendokumentasikan sejarah rock and roll sebegini memang patut diberi pujian. Syabas diucapkan kepada Izuan Shah!. Buku biographical macam ni sememangnya buah tangan yang dinanti-nantikan bukan saja peminat Butterfingers, malah mungkin juga pencinta musik rock and roll di Malaysia. Sebagai seorang peminat Butterfingers, menyingkap satu persatu helaian naskah ini seperti satu pengembaraan atau menggali semula germ rock and roll yang hilang seketika dalam sejarah musik tanahair, dimana ketika itu titik mula nya era-era awal peralihan keterbukaan musik independent di Malaysia khususnya dan yang pastinya tidak harus ditelan masa begitu sahaja. Nota-nota quotes ahli band, reka grafik yang minimal dan foto-foto nostalgia disusun baik dengan gaya penulisan Izuan Shah cukup untuk membawa kita kembali ke dunia Butterfingers yang ditinggalkan mereka untuk suatu ketika. Mungkin sedikit nostalgik dan menjadi pengubat rindu bagi pengikut pengikut setia mereka. Ironinya Butterfingers itu sendiri tidak pernah hilang atau meninggalkan kita juga ‘dunia’ nya. Mereka secara tidak langsung telah pun meninggalkan sebuah legasi pada landskap musik Malaysia yang dikira masih lena dibuai mimpi ketika itu, Jiwa dan falsafah seni Butterfingers itu masih ber’nyawa’ pada setiap karya-karya mereka sehingga ke hari ini. Mereka mungkin hilang..tapi mungkin hanya untuk seketika.

Hilang…hanya untuk seketika.

 

Gambar-gambar hakmilik Penerbitan Pancasona dan Senisyurga Media selain gambar milik penulis.

 

#BacaJap #UntukSeketikaKuHilang #IzuanShah #Butterfingers #SelamatTinggalDunia #katesapot #iniKITApunya #TAPAUtv #teamTAPAU #Rockumentary #Biographic #Books

 

p/s : favourite track "Hanyut" & "Merpati Sejoli"

Leave a Reply