Donate (RM)
Kongsi
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp

6 Band Math Rock Malaysia Yang Kau Patut Tahu

Oleh A. Azim Idris
(artikel asal diterbitkan pada 30 Ogos 2019 sebahagian dari #BacaJap)

 

WALAUPUN dikira sebagai genre yang “rare”, scene Indie kita mempunyai beberapa band Math Rock yang mantap dan masing-masing mempunyai identitinya tersendiri.

Baru-baru ni, band Math Rock dari KL Mutesite dah pun announce show di Manila, Philippines yang akan berlangsung pada awal bulan September dalam satu lagi petanda bahawa band-band Malaysia yang membawa genre ini diterima baik dari pendengar serantau.

Tapi sebelum kita proceed dengan tajuk list ni, jom kita explore sikit apa yang dimaksudkan dengan genre Math Rock ni.

Menurut beberapa sumber online, Math Rock ni secara lazimnya adalah satu genre muzik yang progresif dari segi susunan lagu dan technical dari segi permainan alat-alat music. Kalau nak dibayangkan, Math Rock ini boleh dikatakan campuran Indie Rock, Progressive Rock dan Post Hardcore, tapi band-band Math Rock ini tak semestinya mengabungkan semua elemen-elemen genre tersubut.

Ada juga fans yang berpendapat bahawa Math Rock ini adalah “fusion” genre Emo dan Jazz disebabkan imej dan stail Emo Rock yang dibawa oleh band-band terlibat dan complexity dari segi susuan lagu Jazz yang tak structured.

Secara umumnya, Math Rock juga mempunyai “time signatures” atau kiraan dalam lagu dan rentak yang berbeza dengan rock yang lebih mainstream.

Kebanyakkan band Math Rock juga terdiri dari band-band yang mempunyai 3 atau 4 orang ahli dan seperti band rock lain, berasaskan guitar, bass dan drum. Macam Post Rock, band-band Math Rock ni juga biasanya kurang mengunakan vokals dalam lagu-lagu mereka tapi ini tak semestinya sama untuk semua band.

Math Rock bermula menular di US dengan kehadiran band progresif seperti King Crimson, Shellac dan Nomeansno sejak lewat 70an dan pertengahan tahun 80an, dan kini synonym dengan nama nama seperti American Football, Tera Melos, Tiny Moving Parts, CHON dan This Town Needs Guns.

Di Asia, Math Rock juga popular di Jepun dengan band seperti Toe dan Tricot, dan di Taiwan dan negeri Cina dengan kehadiran Elephant Gym dan Chinese Football.

Di Malaysia pula, Math Rock mula berkembang sejak adanya band Custom Daisy yang aktif pada awal 2000an. Band ini telah menggabungkan technicality Math Rock dan Hardcore untuk membawakan bunyi yang lebih keras ala-ala Converge dan Dilinger Escape Plan. Tak lupa juga Sgt Weener Arms dan Akta Angkasa yang bergiat di rata-rata tempat termasuk Cyberjaya dan sekitar Kuala Lumpur dalam awal 2000an. Walaupun tak sesuai dikatogorikan dalam genre Math Rock, band-band seperti Man Under Zero Effort dan Tempered Mental pada zaman itu boleh dikatakan berkait rapat kerana mereka juga membawa persembahan rock yang progressive.

So, after that brief intro, jom kita beralih kepada band-band Math Rock Malaysia yang aktif dalam semenjak dua menjak ni.

1. Dirgahayu

Dirgahayu mula bergiat aktif sekitar 2013 dan terdiri dari ahli-ahli band Akta Angkasa (Zulhezan -guitar/drum), Custom Daisy (Mat Yie – bass), dan juga Efy (Guitar) sebagai trio sebelum seorang lagi ahli Jepun yang bermastautin di Malaysia bernama Seikan dijemput untuk bermain drum. Pada 2015, band ini telah mengahasilkan album sulung bertajuk “Commemorate!” yang dapat sambutan baik sehingga mereka mengadakan our ke Japan, Indonesia, Singapore, Thailand, Philippines. Band ini kurang aktif dalam arena gig semenjak beberapa lineup changes bermula 2017 dan setelah Zulhezan mengundur diri dari Dirgahayu, tetapi beberapa postings di media social mereka baru-baru ini menunjukkan bahawa diorang akan kembali lagi dengan lineup yang baru.

2. Kwala Bĕrlumpor

Setelah meninggalkan Dirgahayu, Zulhezan telah menubuhkan Kwala Bĕrlumpor bersama drummer Ian Han yang pernah di belakang drum kit di dalam Dirgahayu. Pada awal tahun ni, band two-piece ini telah menghasilkan EP 3 lagu St / Sq / Rd dalam bentuk kaset dan telahpun pergi ke Jepun untuk bermain beberapa show di sana.

Layan lagu diorang di sini: https://soundcloud.com/zulhezan/kwala-berlumpor-cross-st-market-sq

3. Mutesite

Bermula sejak 2014, Mutesite yang terdiri dari ahli-ahli Anthony, Jolynn, Purnama, Teoh, Karim, telah aktif dalam circuit gig di sekitar Lembah Klang. Pada awal 2016, mereka telah menghasilkan EP berjudul “re:start” yang dapat sambutan yang memberangsangkan sehingga dijual di US di bawah Chautauqua Records dan di Jepun di bawah Parabolica Records.

Sebagai band yang instrumental, Mutesite telahpun bermain beberapa show besar termasuk Good Vibes Festival, Rocking The Region, Sime Darby Art Festival, dan DongTaiDu Music Festival, dan juga pernah menjadi opening band untuk band Math Rock Perancis Tortorro dua tahun lepas ketika band Eropah itu mengadakan tour di rantau ini.

 

4. Wife Biscuit

Setakat ini, tiada banyak info yang available pasal band ini diterbitkan kerana band ini betul-betul baru. Selain itu, salah seorang ahli mereka adalah Khairi yang juga pemain drum untuk band Pop Punk dari KL, Trophy Knives. Band ini, yang juga terdiri dari Abel, Rashid, dan Sam telah merilis 2 single bertajuk “Eggboy” dan “A Bear” secara online.

5. Loch

Band yang berasal dari Tampin, Negeri Sembilan dan Melaka ini telah mencuri tumpuan orang ramai dengan lagu-lagunya yang lebih halus berbanding dengan band-band Math Rock Malaysia yang lain. Loch terdiri dari barisan ahli-ahli Ridzuan, Qauyum, Haziq, Alvin, Loch telah aktif sejak 2011 dan pada tahun lepas menghasilkan album 8-lagu bertajuk “We’ll make this feel like home.” Sejak merilis album itu, Loch telah mengadakan tour di seluruh semenanjung dan selatan Thailand.

6. Playburst

Playburst ini terdiri dari ahli-ahli band lain yang memang dah cukup established dalam scene indie dan undeground Malaysia. Vokalis Aidil juga frontman band indie Couple, dan Wan (guitar) dari kumpulan The Fridays. Tiong (drum) pula datang dari band Grindcore terkemuka Tools of the Trade sementara Afiq (bass) juga seorang ahli dari kumpulan Crack Guilty. Bergiat aktif sejak awal tahun ni, Playburst baru-baru ni merilis self-titled EP pertama mereka yang memuatkan 4 lagu. Band ini dalam proses menghasilkan album full-length mereka yang dijangka akan keluar pada hujung tahun ini.

 

Dirgahayu Kwala Bĕrlumpor mutesite Wife Biscuit Playburst

Dan itu dia senarai band-band yang terdiri dari band-band Math Rock Malaysia. Mungkin ada banyak lagi yang akan muncul selepas ini dan kita di TAPAUtv akan tetap look forward kepada band-band yang bereksperimentasi dengan genre yang complex ini!

Leave a Reply