Profile Photo

TATASURYAOffline

About Me

TATASURYA

Sebuah Kugiran Berpaksikan Nusantara dan Rock & Roll

Tata Surya merupakan sebuah band beraliran Alternative Indie Rock berasal dari Kuala Lumpur. Mengetengahkan kekuatan rhythm melewati bait-bait lirik mendalam yang kebanyakan menghidangkan variasi tentang kehidupan, persahabatan dan kemerdekaan fikiran mampu memberikan adrenalin yang tidak diduga.
Inspirasi
Terinspirasi dari temuan dalam bidang astronomi, Tata Surya digarap dari perkataan Indonesia yang mudah difahami sebagai sistem suria iaitu sebuah gugusan planet di galaksi yang beredar mengelilingi tarikan matahari mengikut orbit masing-masing. Dorongan inilah membuatkan Tata Surya bergerak secara kolektif menguatkan lagi daya penjelajahan mereka dalam menuju kepada sebuah penghasilan muzik yang bukan sekadar menghibur. Tata Surya terbentuk sejak awal 2016, yang ketika ini dibarisi oleh Najho (Vokal utama), Nabil Zuhaily (Guitar, Suara latar), Syabil Syamin (Bass), Syazwan Faiz (Drum), Bosir Nath (Keyboard, Suara latar), Aslam (Guitar), Mubin (Guitar baritone). Perjalanan Tata Surya dalam mengetengahkan muzik indie dapat digambar kelainannya melalui variasi lagu-lagu mereka yang mempunyai elemen berunsur Nusantara dan Alternative baik dari segi lirik kemelayuan Najho yang berpuitis, bahkan penyemaian mesej realiti masa kini. Turut juga diaduni beberapa pengaruh awalan inspirasi mereka seperti P. Ramlee, Kembara, Sweet Charity, Butterfingers, The Strokes, Incubus, dan Radiohead.

Media