Profile Photo

Brickete.wavOffline

About Me

RuoH

RuoH adalah sebuah kumpulan muzik yang terdiri daripada 4 orang ahli yang berkongsi minat kepada muzik Dengan latar belakang yang berbeza, kumpulan ini menggubah muzik dengan pelbagai pengaruh. Sejak tahun 2019 ditubuhkan, Kumpulan ini dinamakan sebagai “Brickete”. Namun pada tahun 2023 , kumpulan ini dijenamakan semula kepada RuoH.

Pada tahun 2017 sehingga 2022, Brickete terlibat dalam pelbagai acara muzik. Antaranya pada tahun 2018, Brickete terlibat dalam atur cara konvensi antarabangsa arkitek sebagai persembahan pembukaan dan penutupan acara tersebut.

Pada tahun 2019, Brickete mewakili UiTM Perak dan memperoleh tempat ketiga dalam pertandingan Muzik Festival Budaya 2019 pering- kat UiTM se-Malaysia. Brickete juga merupakan pemuzik Istiadat Konvokesyen UiTM Perak.

Pada tahun 2020, lagu raya Brickete yang bertajuk “Raya Maya” mendapat ulasan yang positif dan disenaraipendek dalam carta lagu raya terbaik 2020 pilihan “Review Uncle” anjuran TapauTV.

2022 pula telah membuka pintu yang lebih besar kepada Brickete untuk ceburi industri muzik dengan membuat persembahan pada Malam Tribute The Beatles yang dianjurkan oleh Atas Angin dan Brickete juga bekerjasama dengan Kapallorek Artspace, Perak bagi persembahan pembukaan pameran ANTARA 2.0 (Media Art Exhibition).

Selain itu, Brickete juga telah memenangi tempat pertama dalam pertandingan Muzik Kosmos peringkat kebangsaan anjuran Planeterium Negara.

Kemudian pada tahun 2023, mereka sekali lagi berkerjasama dengan Kapallorek Artspace bagi pembukaan pameran seni media baharu antarabangsa “Titian Muhibah”. Persembahan tersebut merupakan detik langkah baru Brickete yang menyumbang kepada pertukaran nama serta perwatakan yang baru iaitu RuoH. RuoH adalah berpunca daripada “deria yang matang”.

Gerakan baru ini juga membuka pintu kepada penerimaan yang lebih luas dan ini merupakan detik dimana lahirnya single pertama RuoH iaitu Dendang Kesumat.

Media