-
fungusinthemilk posted in the group "KALAU AKULAH BIKIN FILEM…"
Sebab aku yang mulakan group ni, so kenalah aku start dulu…
Daripada dulu aku teringin nak buat cerita pasal Hari Sukan. Aku rasa kalau kau membesar dan bersekolah dekat Malaysia, mesti pernah merasa feeling time Hari Sukan yang confirm kau akan ingat sampai besar.
Aku bayangkan cerita ni setting dia tahun 97 (sebab best nak bawak balik nostalgia lori milo, burger potong setengah, etc) dan watak-watak dia budak kelas darjah 4 Marikh. Darjah 4 sebab aku rasa time to exciting sebab rasa besar sikit (walaupun masih sekolah rendah) sebab tukar dari sesi petang ke sesi pagi. Watak utama kita Omar, dan best friend dia Zhafran. Filem tu start dengan pengumuman rumah sukan oleh Cikgu Mariam ikut list attendance (alphabetical order). Omar mula-mula happy dia diletakkan dalam rumah Hijau sebab memang warna favorite dia (basikal hijau, beg hijau, fav power ranger Hijau.) Tapi konflik timbul bila Zhafran (nama last dalam list) dapat rumah Merah (warna yang dia paling benci, sebab masa kecik dia penuh accident beca dengan nenek dia sebab kena langgar dengan orang mabuk bawak kereta merah. Lagi jadi frust Omar bila crush dia, Mei Ling pon awal lagi dapat rumah Merah sama macam Zhafran. JENG JENG JENG!!!
Aku ingat nak namakan cerita ni Hari Sukan 4 Marikh, straightforward sebab cerita dia pon simple and straightforward tapi heartwarming, chewahhh!
Macam-macam lagi detail cerita ni dalam otak aku, lain kali aku share! Korang rasa ok tak? Ke ada idea nak tambah? Sila-sila!