Peluang terakhiruntuk main TAPAUfest.

Kolaborasi antara TAPAUasia dan Petai Belalang KL untuk mencari band indie baru yang bersedia untuk menawan pentas yang lebih besar.

Hantar sebelum 12 Nov, 11:59PM

Venue partnerPetai Belalang KL

Submission
stage

2 NOV – 12 NOV
  1. 1Daftar akaun kat tapau.asiaDan buat profile artist band korang
  2. 2Rakam videoIntro ringkas + 2 lagu original, main live. No cover, no lip-sync.
  3. 3Upload kat YouTube(Public atau unlisted)
  4. 4Isi borang BOTB kat tapau.asiaDan letak link YouTube
  5. 5Hantar sebelum 12 Nov, 11:59PM
Syarat penyertaan →

Langkah 1

Daftar akaun kat tapau.asia

Dan buat profile artist band korang.

Tips

  • Intro ringkasSempoi je, be yourself. 30–60 saat cukup
  • Tak perlu kamera fancyGuna phone pun boleh
  • Audio lagi pentingRakam audio elok-elok guna mic atau recorder berasingan, lepas tu sync dengan video. Jangan guna audio dari kamera
  • Rakam landscape, kamera steadyTripod, klip atau susun buku pun jadi
  • Semua ahli band kena nampakLetak kamera depan band, bukan sebelah drum atau amp
  • Cukup cahayaElak tingkap terang kat belakang band
  • Pilih 2 lagu paling powerBuka dengan yang terbaik. First impression penting
  • Check link sebelum hantarPastikan video boleh dibuka. Jangan padam sampai BOTB habis

Voting
stage

15 NOV – 20 NOV
  • Semua band yang layak akan dipaparkan kat tapau.asia
  • Setiap band akan dapat link vote sendiri. Share dengan fans korang!
  • Nak vote? Daftar akaun kat tapau.asia. Satu akaun, satu vote.
  • Guna bot atau apa-apa yang mencurigakan? Band boleh disingkirkan
  • Voting tutup 20 Nov, 11:59PM
  • Top 3 band dengan vote tertinggi + 1 band pilihan TAPAU akan ke final battle
  • Finalis diumumkan 21 Nov

Final
stage

Battle of the Bands di Petai Belalang KL

28 NOV
  • 4 finalis bertarung live, 30 minit setiap band (lagu original sahaja)
  • Pemenang dipilih oleh panel juri (akan diumumkan nanti), bukan vote
  • Satu band akan diumumkan sebagai pemenang dan akan main set 40 – 45 minit di TAPAUfest 2026

Tarikh
penting

  1. 2 NOV – 12 NOVSubmission Sekarang
  2. 15 NOV – 20 NOVVoting
  3. 21 NOVFinalis diumumkan
  4. 28 NOVFinal di Petai Belalang KL
  5. 12 DIS & 13 DISPemenang main TAPAUfest

Syarat
penyertaan

Baca sebelum isi borang BOTB.

Kelayakan
  • Lagu original pertama band korang dirilis secara umum (di mana-mana platform streaming, Bandcamp atau YouTube) pada 2021 atau selepas. Band yang belum ada rilisan pun boleh masuk.
  • Tukar nama atau ahli band tak kira. Rilisan pertama di bawah nama band sebelum ni tetap dikira.
  • Indie sahaja: tak sign dengan mana-mana label rakaman. Rilis sendiri atau guna servis distribusi digital takpe.
  • Berpangkalan di Malaysia.
  • Band yang pernah main TAPAUfest tak boleh masuk.
  • Boleh main final di KL pada Sabtu 28 Nov dan TAPAUfest pada 12 atau 13 Dis.
  • Ada cukup lagu original untuk set 40 – 45 minit.
Penyertaan
  • Satu penyertaan untuk setiap band, dari profile artist band di tapau.asia.
  • Dua-dua lagu mesti original dan ditulis oleh band sendiri. No cover.
  • Band mesti main live dalam video. No lip-sync, no miming, dan bukan music video rasmi.
  • Lagu mesti ditulis dan dimainkan sendiri, bukan di-generate guna AI.
  • Video YouTube mesti kekal (public atau unlisted) sampai BOTB habis.
  • Penyertaan selepas 12 Nov, 11:59PM tak diterima.
Kandungan
  • Lagu, lirik, video dan tingkah laku band tak boleh promote kebencian, perkauman, keganasan, diskriminasi atau gangguan dalam apa jua bentuk.
  • TAPAU boleh tolak atau keluarkan mana-mana penyertaan yang langgar peraturan ni, pada bila-bila peringkat.
Voting
  • Voting 15 Nov – 20 Nov, tutup 11:59PM, kat tapau.asia.
  • Semua band yang layak akan dipaparkan kat tapau.asia. Setiap band akan dapat link vote sendiri.
  • Nak vote? Daftar akaun kat tapau.asia. Satu akaun, satu vote.
  • Akaun palsu, beli vote atau guna bot akan dikeluarkan, dan band boleh disingkirkan.
  • Top 3 band dengan vote tertinggi + 1 band pilihan TAPAU akan ke final battle.
  • Finalis diumumkan 21 Nov.
Final
  • Sabtu 28 Nov di Petai Belalang KL. Venue dan produksi oleh Petai Belalang KL.
  • Setiap finalis main set 30 minit, lagu original sahaja.
  • Pemenang dipilih oleh panel juri (akan diumumkan nanti), bukan vote.
  • Kalau finalis tak dapat main, band dengan vote tertinggi seterusnya ambil tempat.
Hadiah
  • Pemenang main set 40 – 45 minit di TAPAUfest 2026, 12 & 13 Disember 2026 di Chongkak Park & Resort, Hulu Langat.
  • Tiada hadiah wang tunai.
Umum
  • Masuk dan vote percuma.
  • Band kekal pemilik penuh muzik sendiri. Dengan masuk BOTB, band benarkan TAPAU guna video, nama band dan gambar band untuk promosi BOTB dan TAPAUfest.
  • Band yang beri maklumat palsu atau langgar peraturan boleh disingkirkan pada bila-bila peringkat.
  • Keputusan TAPAU tentang kelayakan, semakan vote, pilihan TAPAU dan keputusan juri adalah muktamad.
  • TAPAU boleh kemas kini syarat ni jika perlu. Perubahan akan diumumkan kat tapau.asia.

Dari bilik jamming
ke TAPAUfest.

Ini peluang korang untuk main sepentas dengan Banda Neira, Noh Salleh, The Panturas & ramai lagi.

Penyertaan dibuka 2 Nov – 12 Nov