[adrotate group=”9″]

Donate (RM)
Kongsi
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp

PA, Backline, Tech Rider & Tanggungjawab Siapa?

Oleh Ahmad Faris & A. Azim Idris
(artikel asal diterbitkan pada 19 Julai 2019 sebahagian dari #BacaJap)

SITUASINYA macam ni, kau seorang yang selalu pergi gig tapi bukan seorang musician yang ada band sendiri. Nak petik satu-dua lagu boleh la, tapi belum pernah ada chance nak perform. Setakat angan-angan depan cermin..

Tak pun kau lagi berminat untuk jadi organiser dalam scene. Macam best je tengok geng-geng yang setup before the show. Bila sound sedap, crowd pon sempoi, lepastu band confirm akan shoutout nama kau atau team kau on stage. Rasa macam ‘penting’ dan ‘berjasa’ dalam scene. Pergh.

Atau pun kau just setakat curious….

Tahniah! Dalam perkembangan band-band indie yang tumbuh macam cendawan lepas “hujan” (pun intended) , scene kita perlukan lagi ramai orang macam kau.

Fast forward, kau start a band dan jamming punya jamming korang dapat offer untuk main first gig together as a band. Tak pun kau dengan geng-geng kaki gig kau, setelah borak punya borak dan plan punya plan, decide korang dah ready nak organise your first show ever.

Venue dah dikenalpasti, lineup pun dah confirm. Tapi sebelum kau spread flyer yang ada nama (atau logo) band atau kolektif organiser kau, ada soalan yang patut kau tanya diri sendiri…

Tau tak apa itu PA System dan Backline?

Selain sebuah PA system yang sesuai untuk saiz venue itu, sistem Backline merupakan salah satu keperluan asas untuk mengadakan gig. Dengan kata lain, tanpa dua sistem ni, agak mustahil to put on a show. Tapi apa beza PA dengan Backline?

PA (Public Address) system

Secara ringkas, PA system adalah sistem pembesar suara atau sound system yang digunakan untuk memastikan segala bunyi-bunyian yang dihasilkan dalam persembahan dari pentas sampai dan sedap didengari oleh telinga semua warga gig yang datang, dari mamat yang moshing kat depan, sampai ke awek braces cute yang berdiri kat belakang.

PA system di antaranya, terdiri daripada speaker, subwoofer, mixer dan juga stage monitors (yang membantu musicians untuk mendengar diri sendiri dan juga band members lain). Mic juga sebahagian dari PA sytem.

Backline

Backline pula segala alatan yang digunakan oleh band di atas pentas untuk melakukan persembahan. Terma “Backline” berasal dari alatan yang disusun sebaris di belakang musician untuk kegunaan mereka.

Backline terdiri daripada semua musical instruments (guitar, bass, drums, keyboard, dll..) dan juga amplifier (amps). Segala stands dan cables juga termasuk sekali.

Backline system amatlah penting bagi menghasilkan “sound” yang diidam-idamkan oleh setiap band member sebagai individu dan juga secara kolektif. Inilah maksudnya bila orang cakap “sound sedap dow”.

So dah tahu apa itu PA system dan Backline, soalan seterusnya…

Tanggungjawab siapa?

Sebenarnya takda jawapan yang betul atau salah untuk soalan ni tapi realiti dan culture di Malaysia mungkin berbeza dengan negara lain.

Di Malaysia

Typically, pihak organiser yang akan sediakan PA dan Backline system. Band hanya perlu datang bersama musical instruments masing-masing. Biasanya drummer je tak perlu bawak basic drum kit (sebab berat, besar dan leceh), organiser biasanya sediakan as part of Backline.

ATAS By BijanFX antara venue bersaiz sederhana yang mempunya PA dan Backline system sendiri

Dalam gig-gig biasa, pihak organiser akan mendapatkan PA dan Backline system dari gig venue. Kebanyakan gig venue atau live house mempunyai sekurang-kurangnya basic PA dan Backline system sendiri. Maksudnya semua band dalam lineup akan menggunakan backline yang sama. Dalam situasi ini, pihak organiser sepatutnya menghantarkan Backline list yang tersedia kepada semua band dalam lineup supaya mereka boleh bersedia sekiranya perlu membawa sesetengah dari alatan yang diperlukan sendiri.

Organiser festival dan outdoor gig akan menyewa dari Backline supplier

Dalam gig-gig berskala lebih besar, gig outdoor, konsert dan juga festival pula, band tetap akan membawa instruments mereka sendiri tapi bezanya kali ini organiser akan menyewa PA dan Backline system dari supplier. Dalam situasi ini organiser biasanya akan request Tech Rider dari bands yang terlibat.

Apa benda Tech Rider pulak?

Tech Rider (Technical Rider) merupakan senarai barang-barang Backline yang band nak request untuk organiser sediakan. Dalam Tech Rider ni, band akan list down amplifier dan drum set yang diorang prefer, selain daripada jumlah microphone dan direct input (DI) boxes yang diorang perlukan untuk vocals, keyboards dan sebagainya.

Secara umumnya, tech rider ini akan dipenuhi backline yang “generic” atau industry standard dan mudah didapati, contohnya amplifier buatan Fender, Marshall, Peavy atau Vox untuk guitar, dan Hartke atau Ampeg untuk Bass. Untuk drum pula ada beberapa jenama seperti Tama, Pearl, DW atau PDP yang agak common.

Untuk mengelakkan hura-hara, Tech Rider sepatutnya diminta oleh organiser dan dihantar dari pihak band sekurang-kurangnya 2 minggu sebelum show. Ini untuk memberi masa untuk pihak organizer mendapatkan barangan dari Tech Rider tersebut dan sekiranya ada yang sukar diperlolehi atau terlalu mahal untuk disewa, maka organiser akan memberikan alternatif terdekat untuk menggantikan alatan tersebut. Contohnya, kalau amp gitar Marshall JCM900 tak ada, mungkin organiser boleh berikan Peavy 5150 yang lebih kurang sesuai untuk band yang membawa lagu yang ‘heavy’.

Biasanya organiser akan cuba untuk jimat cost (bikin gig tak semestinya murah) dengan cara menggalakkan bands dalam lineup untuk memilih barang yang sama supaya alatan boleh dikongsi. Band kemudian perlu membuat keputusan sama ada untuk menggunakan alternatif yang diberi atau membawa barangan sendiri.

Di Luar Malaysia

Orbit Cinta Benjamin merasa ‘touring life’ menggunakan van semasa di Eropah

Di negara-negara di mana scene atau budaya gig, live music dan touring mungkin lebih ‘hidup’ dan ‘rancak’ berbanding Malaysia, contohnya di Australia, America dan Europe, ada juga band indie yang mempunyai Backline mereka sendiri.

Dalam scene tersebut, band members akan invest untuk membeli amp sendiri (amp antara alatan yang sangat tak murah) dan pastinya salah satu band member akan mempunyai sama ada sebuah secondhand van atau truck untuk membawa Backline mereka setiap kali ada show. Maklumlah amps dan drum set sangat besar dan berat. Organiser pula hanya perlu menyediakan PA system di venue show tersebut.

Tak semestinya bermaksud bahawa band ‘luar’ lebih kaya atau bayaran gig yang mereka perolehi lebih lumayan untuk invest beli Backline sendiri . Tak semestinya juga bermaksud mereka lebih ‘kesah’ tentang sound mereka. Mungkin cuma culture di sana berbeza.

Pros and Cons

Sama ada Backline disediakan oleh organiser atau dibawa oleh band sendiri, ada kelebihan dan kekurangan masing-masing:

Backline disediakan oleh organiser

Kelebihan:

  • Dengan menggunakan Backline sama untuk semua band, organiser akan lebih efficient dari segi running the show kerana tak perlu banyak tukar-tukar barang dan alatan di atas pentas.
  • Band pula tak perlu invest untuk Backline sendiri dan bersusah payah membawa barang yang banyak, berat dan besar yang menjadi masalah logistik setiap kali bermain gig.

Kelemahan:

  • Organiser perlu menanggung kos menyewa dan melayan kerenah setiap band yang mungkin mahukan Backline berbeza atau khas untuk mereka sahaja.
  • Band terpaksa compromise sound mereka apabila tak dapat Backline yang diminta atau terpaksa menggunakan alternatif yang disediakan.

Band membawa backline sendiri

Kelebihan:

  • Organiser tak perlu bersusah payah mencari dan menyewa backline yang sesuai untuk setiap band.
  • Band sepatutnya (tapi tak semestinya) boleh dapat sound “seketul” seperti diidamkan kerana menggunakan Backline sendiri.

Kelemahan:

  • Organiser terpaksa mengambil lebih masa dan menghadapi risiko masalah teknikal apabila menukar backline untuk band berbeza.
  • Band perlu invest untuk backline sendiri dan juga menyelesaikan masalah logistik untuk membawa segala alatan ke venue.

Mencari konklusi

At the end of the day apa yang penting is the success of the show dan “sound” adalah a big part of what makes or breaks the show. Jadi tak kesah pon siapa yang bertanggungjawab untuk sediakan Backline sama ada band atau organiser, yang penting ada communication dan compromise.

Kebanyakan show jadi huru hara akibat kegagalan untuk berkomunikasi secara jelas dan transparent. Semuanya based on assumption. Bila hantar Backline list atau Tech Rider (kalau hantar lah), takda siapa reply atau bertanya. Bila sampai venue berperang dan menunding jari.

Satu lagi kenapa shows fail adalah sebab tak wujud bertolak ansur. Band tak cuba untuk faham bahawa organiser mempunyai kekangan dari segi kewangan untuk berikan Backline seindah music video Foo Fighters. Organiser pula tak cuba untuk menghormati apa yang diperlukan band untuk menghasilkan sound yang menjadi sebab kenapa mereka diajak untuk bermain in the first place.

Solutionnya simple, sebagai orang Malaysia kita gunakan senjata (dan ubat) yang dikenali sebagai “Budi Bicara”. Maka berbudi dan berbicaralah, and go put on a show!

Gambar royalty free kickass show

Leave a Reply

[adrotate group="10"]