Asyik feature abang je kan, kali ni kitorang nak feature seorang hakak pulak iaitu Taka dari The Venopian Solitude! Taka nak ajar korang cane nak main lagu “Kehadapan Para Pencemar” bukan dengan gitar, tapi dengan pembaris! Okay tak, dengan menggunakan bass! Hehe!
P/S: Jangan lupa cover, upload kat social media korang, hashtag #MEHHAKAKAJAR, tag @thevenopiansolitude & @tapautv, all the best!
Featuring:
Takahara Suiko (The Venopian Solitude)
Shot By:
Firdaus Zulkifly
Bob Vizard
Edited By:
Alee Isa
Music By:
The Venopian Solitude – “Kehadapan Para Pencemar”
Lyrics:
Kehadapan, angin, yang membawa khabar perit
“Kehilangan takhta si pertiwi!”
Beritahu, aku, dalang berita itu
Dengan tangan berlumur darah, bahgianya kan ku cabul
Kejar, sepantas cahaya, selamatkan si Hawa!
Lari, jangan berhenti, sampai si buas direjami!
Tanam ia, tebu, di tepi bibir
Dengan lakaran senyuman sang pencair
Mudahnya, ia, mencarik daun bebunga
Tinggalkan tangisan kuntum yang terbiar
Lari, sepantas bunyi, daripada pandangan ngeri
Tegar, janganlah gentar, atau kita kan binasa
Gerudilah tengkorak kepala supaya kebodohan yang tersimpan terbang keluar
bersama-sama wap kebangangan yang terpendam berkurun lamanya
Apakah wujudnya di fana manusia selemah penjajah yang lari meninggalkan
bumi yang dipijak setelah disentak daripada angan oleh pemberontak; tuan tanahnya?
Kejar! sepantas cahaya! sampai mereka berguling keluar!
“Lari! jangan berhenti! atau kamu kan kami rejami!”
“Pergi! lagi pantas dari bunyi! daripada renungan tajam kami!”
“Bubar! jangan berani bersama! atau cicitmu kan binasa!”
Kehadapan kita yang membawa pulang merdeka
Ambil nafas dalam, berehatlah